PETALING JAYA, 25 Mac - Koperasi Pemain Hoki Perak memohon kerjasama semua negeri untuk menganjurkan Kejohanan Dalam Dewan di negeri masing-masing bagi membantu mempopularkan sukan itu.
Menurut Pengerusinya, Mohamad Abdul Hadi, ini penting bagi memastikan sukan tersebut terus berkembang dan menyerlah di peringkat antarabangsa.
Katanya sebagai inisiatif awal, pihaknya bakal menganjurkan kejohanan peringkat parlimen negeri Perak sebagai usaha menarik minat lebih ramai pemain dalam sukan tersebut.
"Sememangnya selepas Perak, sasaran kita adalah negeri-negeri lain.
"Selepas Kuala Lumpur kemudian saya akan berbincang dengan negeri Pahang, Johor, dan Penang agar mereka bersedia seperti yang dilakukan di Perak," katanya pada sidang media di sini hari ini.
(Gambar hiasan/FOTO Malaysian Hockey Confederation)
Tambahnya lagi, enam kategori bakal dipertandingkan dalam kejohanan yang akan berlangsung pada 6 Jun depan akan datang.
Antaranya ialah kategori remaja lelaki dan wanita, serta terbuka lelaki dan wanita.