fb fb fb fb fb

Piala FA 2022: Sri Pahang hampir dimalukan Manjung FC, menang penalti 5-4

KUANTAN, 24 Mac- Pasukan Liga Super, Sri Pahang FC hampir dimalukan pasukan amatur Manjung City pada pusingan pertama Piala FA 2022 sebelum menang 5-4 menerusi penentuan penalti di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga masa tambahan.

Skuad Tok Gajah yang turun dengan barisan pemain import, terpaksa berhempas-pulas menentang pasukan Liga M3 itu yang berjaya memberi tentangan sengit kepada mereka.

Dengan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti, kelima-lima pemain Sri Pahang berjaya menepati sasaran.

Manjung City pula terpaksa berputih mata apabila C. Sasikumar yang dibariskan sebagai pengambil penalti kedua gagal menyudahkan sepakannya.

Keputusan itu menyaksikan Sri Pahang menang dengan keputusan 5-4, sekali gus layak ke pusingan kedua.


(Pusingan pertama Piala FA 2022 antara Sri Pahang FC dengan Manjung City
di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi)

Media Baharu