fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022 : Perancis, Brazil dilihat tidak memiliki masalah besar mara ke peringkat seterusnya.

DOHA, 2 April- Penentuan pasukan mana yang akan bertembung dalam saingan kumpulan Piala Dunia 2022 akhirnya terjawab malam tadi dalam majlis undian di Pusat Konvensyen dan Pameran Doha (DECC) Qatar.

Juara bertahan, Perancis diundi dalam kumpulan D bersama Denmark, Tunisia dan pemenang pertemuan 'play off' antara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Australia dan Peru.

(Perancis diundi dalam kumpulan D)

Brazil selaku juara lima kali juga dilihat memiliki laluan mudah apabila diletakkan bersama Switzerland, Serbia dan Cameroon.

Ia sekaligus menyaksikan Perancis dan Brazil tidak memiliki masalah besar untuk mara ke peringkat seterusnya.

Jerman pula diundi dalam kumpulan E yang merupakan kumpulan maut kali ini.

Juara empat kali itu akan berdepan Sepanyol, Jepun dan pemenang 'play off' antara Costa Rica dan New Zealand.

Kumpulan lain yang dilihat bakal memberi aksi menarik adalah kumpulan H yang dibarisi Portugal, Uruguay, Ghana dan Korea Selatan.

Manakala England, Iran dan Amerika Syarikat diundi dalam kumpulan B bersama satu lagi pasukan yang akan melalui aksi 'play off' antara Wales, Scotland dan Ukarine.

Argentina pula akan bertemu Arab Saudi, Mexico, dan Poland dalam kumpulan C.

Sebanyak 32 pasukan akan berentap pada Piala Dunia 2022 di Qatar November depan.

 

Media Baharu