fb fb fb fb fb

Jepun cabaran utama skuad negara - Roslin

KUALA LUMPUR, 2 April- Jepun bakal jadi pencabar utama pasukan negara.

Itu pandangan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim mengenai aksi kumpulan Piala Thomas yang melibatkan Malaysia bemula 8 Mei ini.

Menurut Roslin, mengikut prestasi semasa, skuad lelaki negara seharusnya tidak berdepan masalah berdepan dua lagi pasukan dalam kumpulan D iaitu England dan New Zealand.

Namun dalam masa sama Roslin menasihatkan agar barisan pemain negara tidak terlalu yakin kerana kedua-dua negara itu mampu melakar kejutan.

(Foto fail)

Bagi kejohanan tahun lalu, Malaysia tewas 1-4 kepada Jepun dalam aksi kumpulan.

Perjalanan Malaysia kemudian berakhir diperingkat suku akhir selepas tewas 0-3 kepada Indonesia yang muncul juara edisi ke-32 itu.

Media Baharu