fb fb fb fb fb

Persekitaran kerja toksik, bekas penari saman Lizzo

(Lizzo / REUTERS)

WASHINGTON, 2 Ogos- Artis pop, Lizzo telah disaman oleh tiga daripada bekas penarinya yang mendakwa diva pop itu mencipta persekitaran kerja yang toksik dan bermusuhan.

Saman yang difailkan di Los Angeles menuduh Lizzo, serta defendan lain melakukan pelbagai pelanggaran undang-undang buruh California.

"Plaintif, Arianna Davis, Crystal Williams dan Noelle Rodriguez mendakwa mereka dibelenggu dengan gangguan seksual, agama dan kaum, diskriminasi bentuk badan, diserang dan dikurung," kata firma guaman yang mewakili mereka dalam satu kenyataan.

"Davis dan Williams akhirnya dipecat manakala Rodriguez meletak jawatan kerana tingkah laku yang mengerikan itu," tambahnya.

Salah satu dakwaan berlaku ketika persembahan di sebuah kelab dalam kawasan pelacuran Amsterdam yang menurut penari mereka berasa tertekan untuk turut serta.

Pada pertunjukan itu Lizzo memaksa penarinya untuk berinteraksi dengan penari bogel, dakwa saman itu.

Ia juga mendakwa bahawa ketua penari, Shirlene Quigley, sering membuat komen seksual dan menyebarkan kepercayaan Kristiannya, terutamanya terhadap seks sebelum perkahwinan.

Para penari juga mendakwa terdapat pertikaian mengenai tuntutan dalam lawatan global Lizzo.

Tuntutan itu mendakwa bahawa pengurus kulit putih dari syarikat produksi Lizzo, Big Grrrl Big Touring, Inc. (BGBT), yang turut dinamakan dalam aduan itu, "sering menuduh ahli kumpulan tarian kulit hitam sebagai malas, tidak profesional, dan mempunyai sikap buruk. ."

"Bukan sahaja kata-kata ini biasa digunakan sebagai kiasan yang digunakan untuk memperlekehkan dan tidak menggalakkan wanita kulit hitam daripada membela diri mereka, tetapi tuduhan yang sama tidak dikenakan terhadap penari yang bukan kulit hitam," menurut aduan yang dipetik dalam kenyataan itu.-AFP


(Lizzo / REUTERS)

Media Baharu