fb fb fb fb fb

Pencarian sitara Bintang Klasik 2023 bermula

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui stesen Radio Klasik terus komited memartabatkan lagu-lagu irama Melayu Klasik melalui penganjuran Pertandingan Bintang Klasik 2023.

Penganjuran yang memasuki edisi ke-9 akan menjengah ke enam zon merangkumi lapan lokasi untuk mencari 20 sitara terbaik untuk dibawa ke peringkat saringan.

Pencarian sitara di Zon Sarawak akan diadakan di RTM Miri pada 5 Ogos 2023 dan RTM Kuching pada 6 Ogos 2023, di RTM Kuching.

Program berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bagi Zon Sabah akan diadakan di RTM Tawau pada 12 Ogos 2023 dan RTM Kota Kinabalu pada 13 Ogos 2023 dari pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Uji bakat Zon Utara pula diadakan di RTM Kedah (19 Ogos), manakala Zon Timur akan diadakan di RTM Terengganu (26 Ogos), di Zon Selatan akan diadakan di RTM Johor (3 September) dan Zon Tengah akan di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri Kota Media (9 September). Ia akan bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun dan dikehendaki menyanyikan sebuah lagu dari tahun 50-an hingga 90-an yang telah ditetapkan Radio Klasik secara solo, duet atau berkumpulan.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh layari semua laman media sosial Radio Klasik, Facebook, Instagram dan Twitter.


(Foto hiasan RTM)

Media Baharu