(FOTO RTM)
KUALA LUMPUR, 2 Ogos –Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV Okey akan menyiarkan enam tayangan program istimewa bersempena bulan Kebangsaan menerusi slot popular termasuk Lensa Okey, Foodie Okey, Kita Okey dan Stail Okey, slot yang telah memiliki pengikut tersendiri terutama khalayak remaja.
Bagi mereka yang gemar mengembara atau meneroka perkara baharu, saksikan “Trivia Malaysia” pada setiap Selasa, pukul 12.30 tengah hari yang telah bersiaran untuk episod pertama pada 1 Ogos lalu.
Rancangan yang menjanjikan hiburan santai bermaklumat dan menarik itu akan, meneroka tiga subjek yang mencerminkan kekayaan budaya dan khazanah bumi Malaysia. Dalam setipa episod, Pink Azwan selaku pengacara akan memperkenalkan kepada penonton sama ada tempat bersejarah, makanan, masakan, permainan tradisonal dan alat muzik klasik yang mungkin tidak penting atai dikenali tetapi menarik.
Bagi penggemar pastri dan manisan anda perlu meluangkan masa menyaksikan program ‘Pasti Pastri’, setiap Rabu, pukul 8.00 malam, rancangan mengetengah konsep “perang di dapur” antara dua selebriti tempatan. Mereka ditugaskan untuk memasak satu menu yang sama dan kemudian diadili Chef Selebriti Dato’ Fadzley Yaakob.
Rancangan ini, cukup menarik dan ada kelainan terendiri; ‘Eksplorasi Intern’ mula disiarkan pada 5 Ogos ini, setiap Sabtu, pukul 12.00 tengah hari.
Penonton bakal dibawa menyelusuri pelbagai cabang kerjaya dari sisi pengalaman pelajar praktikal atau menjalani latihan industri. Rancangan ini mengetengahkan 13 jenis kerjaya, pastinya unik dan menarik yang akan diteroka sekali gus membantu belia untuk memilih kerjaya pada masa hadapan.
Teringin mencuba memasak menu berbeza dan unik, saksikan program ‘Taakanon Bayu’ mulai 6 Ogos ini, setiap Ahad, pukul 12.00 tengah hari.
Taakanon yang membawa maksud makanan dalam Bahasa Iban diterajui Chef Naem, membawa anda merasai pengalaman menaiki foodtruck bersama artis jemputan Sabah dan Sarawak. Sambil meneroka warisan makanan tradisional; menggunakan kreativiti dan kepakaran dimiliki, Chef Naem akan mengolah resipi tersebut menjadi lebih menarik dan menyelerakan, seterusnya dikongsi kepada umum.
Slot Stail Okey pula tampil dengan program ‘Permata Negara’ mulai 14 Ogos ini, setiap Isnin hingga Rabu, pukul 8.30 malam. Proram travelog itu akan menjelajah satu Malaysia.
Bersama pengacara Sharul Kamal akan berkongsi keindahan tempat menarik yang menjadi tumpuan di setiap negeri Semenanjung Malaysia, merasai pengalaman bersama artis jemputan.
Mengajak rakyat bergerak aktif dan terus sihat, program ‘Sihat Urban’ disiarkan mulai 15 Ogos ini, setiap Selasa, pukul 5.30 petang. Program kesihatan itu menonjolkan slogan Kekal Aktif, Kekal Positif berkonsepkan paparan amalan gaya hidup urban yang sihat bersama pengacara John Tan. Ke semua program menarik ini boleh ditonton secara dalam talian di rtmklik.rtm.gov.my.
(FOTO RTM)