fb fb fb fb fb

Perasmian Sukan Paralimpik: Atlet dari Ukraine terima sokongan hangat

BEIJING, 6 Mac - Kontinjen Ukraine menerima sambutan hangat dari negara peserta lain pada Upacara Perasmian yang berlangsung di Beijing pada Jumaat.

Sambutan itu diberikan sebagai tanda sokongan susulan serangan Rusia ke atas negara mereka.

Sebelum ini, Majlis Paralimpik Antarabangsa memutuskan untuk membatalkan penyertaan atlet dari Rusia dan Belarus sebagai tanda bantahan terhadap serangan berkenaan.

Keputusan itu dibuat selepas ramai negara mahu memboikot temasya berkenaan jika tiada sebarang tindakan dilakukan ke atas Rusia dan Belarus.

 

(Atlet dari Ukraine mengambil bahagian dalam upacara pembukaan Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 di Stadium Negara Beijing/Foto Mohd Rasfan AFP)

Bagaimanapun tuan rumah, China yang mempunyai hubungan baik dengan Moscow, masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengecam serangan Rusia ke atas Ukraine.

Upacara perasmian di Stadium Sarang Burung, Beijing itu dimeriahkan dengan persembahan daripada individu kurang upaya sebelum ditutup dengan percikan bunga api.

Seramai 564 atlet paralimpik akan bertanding dalam 78 acara sehingga 13 Mac ini.

Media Baharu