fb fb fb fb fb

F1: Mazepin ditamatkan kontrak susulan perang Rusia-Ukraine

PARIS, 6 Mac - Pasukan Formula Satu (F1) Haas dilaporkan telah menamatkan kontrak pemandunya dari Rusia, Nikita Mazepin serta merta susulan insiden pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Keputusan itu dibuat selepas badan penganjur F1 pada Khamis lalu menamatkan kontrak dengan penganjur Grand Prix (GP) Rusia dalam kalendar 2022.

Kontrak tersebut sepatutnya berlangsung sehingga 2025.

(Keputusan F1 menyebabkan pemandu Rusia, Nikita Mazepin gagal beraksi di Grand Prix British/Foto AFP)

Selain itu, pasukan Haas turut menamatkan perjanjian penajaannya bersama syarikat dari Rusia, Uralkali yang dimiliki oleh bapa Mazepin.

Minggu lalu, Haas telah menanggalkan logo Uralkali dan menukar warna jenteranya kepada putih daripada warna sebelum ini iaitu kombinasi merah, putih dan biru yang seakan-akan warna bendera Rusia.

Media Baharu