fb fb fb fb fb

Legenda kriket Australia, Shane Warne ditemui mati di pulau Koh Samui

(FOTO AFP)

BANGKOK, 6 Mac- Legenda kriket Australia, Shane Warne yang meninggal dunia ketika bercuti di pulau Koh Samui didapati mengalami sakit dada sebelum kematiannya,

Menurut polis Thailand, Warne, 52, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam biliknya di sebuah vila di Bo Phut pada petang Jumaat.

Ketua polis Bo Phut, Pol Kol Yutthana Sirisombat dalam satu sidang akhbar pada Sabtu berkata Warne mempunyai sejarah penyakit asma.

Terdahulu, polis menolak terdapat perbuatan khianat berhubung kematian Warne dan bedah siasat akan dijalankan di Hospital Surat Thani untuk mengesahkan punca kematian.

Ketua Polis Surat Thani, Mejar Jeneral Sathit Pholphinit berkata penyiasat telah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar vila dan mendapati tiada yang luar biasa berlaku.


(FOTO REUTERS)

“Tiada kesan lebam pada badannya dan tiada kesan bilik dipecah masuk atau digeledah,” katanya.

Pada petang Jumaat, Warne ditemukan tidak sedarkan diri di dalam biliknya oleh seorang daripada tiga rakannya.

Pihak pengurusan memaklumkan Warne meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung.- BERNAMA

Media Baharu