fb fb fb fb fb

ASTAF tolak permohonan PSM untuk diterima semula sebagai gabungan

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) menolak permohonan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk diterima semula sebagai gabungan badan induk Asia itu.

Setiausaha Agung ASTAF Boonchai Lorhpipat menerusi kenyataan berkata keputusan menyingkirkan PSM pada 20 Mei tahun lepas kekal muktamad berdasarkan keputusan terbaharu pada Jumaat lepas.

Surat makluman telah dihantar kepada Setiausaha Agung PSM Datuk Abidullah Salleh, semalam, menjawab surat permohonan yang dihantar pada 23 Februari lepas.

Semalam, ASTAF mengesahkan Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC) disahkan sebagai ahli baharu persekutuan itu.

 

(PSM disingkirkan ASTAF Mei tahun lalu ketika Datuk Ahmad Ismail menerajui badan induk itu)

 

Kemelut sepak takraw negara bermula apabila ASTAF menyingkirkan PSM pada Mei 2021 berikutan tindakan presidennya ketika itu Datuk Seri Ahmad Ismail, atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 24 Februari lepas.

Ahmad, yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Mat’ kemudian melepaskan jawatannya dalam PSM pada Jun lepas, diikuti beberapa usaha oleh persatuan itu bertujuan mendapatkan semula keahliannya dalam ASTAF.

Namun ASTAF baru-baru ini mengesahkan tidak menerima PSM sebagai ahli gabungannya.

Berikutan itu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) membenarkan MSC untuk mendapatkan kepercayaan ASTAF dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) sebagai wakil Malaysia dalam sepak takraw di peringkat antarabangsa.- BERNAMA

Media Baharu