fb fb fb fb fb

Pengarah Peter Weir dipilih penerima anugerah 'Golden Lion' Venice

Pengarah filem Australia, Peter Weir menerima anugerah kehormat Oscar pada 2022/ Foto Reuters

ROME, 10 Mei - Pengarah filem Australia, Peter Weir yang dikenali dengan karya hebat seperti "Dead Poets Society" dan"The Truman Show" bakal dianugerahkan 'Golden Lion' untuk pencapaian sepanjang hayat oleh festival berkenaan.

Weir, 79 tahun membuat penampilan pertama di peeringkat antarabangsa pada 1975 menerusi filem klasik "Picnic at Hanging Rock".

Kejayaan filem tersebut membolehkannya melebarkan sayap ke Hollywood pada 1980an.

Antara filem sentuhan dan arahannya di Hollywood termasuklah "Witness" yang dibintangi oleh Harrison Ford pada 1985 dan filem epik "Master and Commander" pada 2003 yang dibintangi oleh pelakon Australia, Russell Crowe sebagai teraju utama.

Weir menerima anugerah kehormat Oscar pada 2022.

"Festival Filem Venice dan Anugerah 'Golden Lion' merupakan kisah dongeng. Dipilih sebagai penerima anugerah seumur hidup sebagai pengarah adalah satu penghormatan yang besar," kata Weir dalam satu kenyataan.

Festival Filem Venice yang dianjurkan di Pulau Lido merupakan festival filem tertua dunia. Festival berkenaan dianjurkan buat kali ke-81dan dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos sehingga 7 September depan.

Senarai filem-filem yang bakal bertanding pada festival berkenaan akan diumumkan pada Julai ini.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD