fb fb fb fb fb

Dua filem baharu LOTR bakal memasuki tayangan pada 2026

Pengarah, penerbit Francais LOTR, Peter Jackson (tengah) bersama barisan para pelakon/Foto Reuters

LOS ANGELES, 10 Mei - Dua buah filem baharu siri francais 'Lord Of The Ring' bakal memasuki pawagam pada 2026.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Pegawai Eksekutif Warner Bros Discovery (WBD), David Zaslav pada Khamis.

Andy Sarkis yang memegang watak Gollum dalam siri berkenaan di beri kepercayaan mengarah salah satu daripada dua filem tersebut.

Judul filem tersebut ialah "Lord of the Rings: The Hunt for Gollum."

Sementara itu, Peter Jackson yang mengarah trilogi LOTR dua dekad yang lalu akan bertindak sebagai penerbit kepada dua filem baharu itu.

Keseluruhan francais LOTR telah berjaya mengaut keuntungan kira-kira AS$6 bilion dolar di seluruh dunia.

Warner Bros Discovery (WBD) turut mengumumkan tayangan filem animasi LOTR iaitu "The War of the Rohirrim" yang dijadualkan memasuki tayangan pada Disember tahun ini.

Filem LOTR diadaptasikan daripada buku tulisan J.R.R. Tolkien yang berlatarkan sebuah tempat yang digelar 'Middle-earth' didiami oleh manusia, pari-pari, orang kerdil dan Hobbits.

Pada 2003, salah sebuah francais LOTR, "Return of the King," memenangi 11 anugerah Oscar termasuk Filem Terbaik.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD