KUALA LUMPUR, 11 Mei- Penyanyi, Nabila Razali tidak menyangka lagu raya pertamanya berjudul 'Raya Mana' meraih lebih 10 juta tontonan dalam masa sebulan selepas dilancar.
Lagu berkisah dilema pasangan suami isteri mahu pulang ke kampung itu, turut tular di negara luar.
Nabila menyifatkan sambutan hangat pendengar, membangkitkan semangatnya untuk terus melahirkan lebih banyak karya baharu.
"Bella bersyukur sangat-sangat dengan adanya pendengar-pendengar di radio, penonton TV yang sentiasa sokong lagu tempatan khususnya lagu raya walaupun ada sedih..'happy' tapi korang memang memberi sokongan yang sepenuhnya pada kami anak seni untuk teruskan berkarya," katanya kepada pemberita di sini.