fb fb fb fb fb

Garis panduan LPF baharu, tambah baik industri filem

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Mei- Lembaga Penapisan Filem (LPF) bakal melancarkan garisan panduan penapisan dan klasifikasi filem bersempena ulang tahunnya yang ke-70 tahun.

Menurut Setiausaha Bahagian Pejabat Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri,  Ismainur Hadi Amat Bakeron, garis panduan yang baharu itu dapat menambah baik industri filem selari dengan peredaran zaman.

"Antara inti pati dan teras utama di dalam garis panduan yang baharu ini adalah yang utamanya adalah tentang keselamatan dan ketenteraman awam.

"Seterusnya kita menekankan tentang keagamaan dan yang terakhir, teras ketiga adalah tentang sosiobudaya, ketertiban dan kesusilaan," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.

Tambahnya lagi, jika terdapat penerbitan yang melanggar garis panduan itu boleh dikenakan tindakan berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620).

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM