fb fb fb fb fb

Penganjuran perlumbaan GP Formula Satu (F1) di Malaysia perlu diteliti sebaik mungkin - Faizal Azumu

(FOTO BERNAMA)

IPOH, 19 Mac- Penganjuran perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) di Malaysia perlu diteliti sebaik mungkin kerana ia melibatkan kos yang besar.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan membawa kembali perlumbaan tersebut ke negara ini sekiranya mendapat bantuan daripada syarikat swasta.

Kali terakhir Malaysia menganjurkan kejohanan berprestij tersebut adalah pada 2017 sebelum kontrak penganjuran tidak dilanjutkan berikutan pulangan yang mengecewakan.

"Jumlah untuk mendapatkan F1 datang ke Malaysia ini, dianggarkan menggunakan kos hampir atau lebih RM200 juta. Tentunya dalam waktu sekarang, wang itu boleh kita gunakan untuk banyak lagi perkara lain, yang mencengkam rakyat sekarang ini dari segi ekonomi dan nak membuka kembali negara kita, selepas dihimpit teruk oleh pandemik COVID-19 ini," kata Faizal kepada pemberita di sini.


(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ditemui media menjawab pertanyaan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) di Malaysia)

Malaysia antara negara yang dikaitkan dengan penganjuran sukan itu bagi menggantikan GP Rusia yang dibatalkan susulan pencerobohan ke atas Ukraine.

Media Baharu