fb fb fb fb fb

"Penangan" pempengaruh kedai makan diserbu

FOTO Tik Tok mediadeliveryofficial

GOMBAK, 15 Disember- Sebuah gerai makan yang terletak di Taman Melati laris diserbu pelanggan selepas seorang pempengaruh terkenal, Khairul Aming mempromosi perniagaan gerai berkenaan di platform TikToknya, ketika dia menjamu selera di gerai berkenaan, beberapa hari lalu.

Video tular berdurasi 1 minit 5 saat itu memaparkan orang ramai beratur panjang bagi menikmati hidangan yang dijual antaranya cendol, mi bandung dan mihun sup.

Video berkenaan turut mendapat perkongsian dan tanda suka sebanyak 27,300 oleh pelayar. Promosi yang dilakukan Khairul Aming dalam tempoh 24 jam itu menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Terdahulu Khairul membuat satu video pendek dan meminta keizinan kepada peniaga terbabit untuk mempromosikan gerai tersebut. 

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin bin Kamarulzaman merupakan seorang usahawan muda yang berasal dari Kelantan, pada awalnya dikenali kerana sering berkongsi video pendek berkaitan masakan.

Hasil usaha keras dalam membina kerjayanya, Khairul memulakan perniagaan secara dalam talian, seterusnya membuka sebuah kilang makanan di negeri kelahirannya.

Mengenali Khairul Aming di media sosial, pempengaruh ini mempunyai cara tersendiri dalam mengurus kandungan kerjaya dan peminatnya.

Dia juga diminati kerana sering menghargai pekerjanya; diluar daripada kebiasaan dan kebanyakan video dimuat naik menerima tanda suka amat tinggi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD