fb fb fb fb fb

Netflix pentaskan 'Stranger Things' di London

Barisan pelakon 'Stranger Things' yang menjayakan pementasan di London/ FOTO REUTERS

LONDON, 15 Disember- Bandar fiksyen Hawkins, Indiana menjadi hidup di London pada Khamis selepas Netflix mementaskan siri drama sci-fi "Stranger Things."

Dikenali dengan tajuk "Stranger Things: The First Shadow," pementasan teater berkenaan mengambil latar tahun 1959, dua dekad sebelum tempoh dipaparkan di dalam rancangan televisyen.

Pementasan tersebut diarahkan oleh Matt dan Ross Duffer, pencipta kepada siri tersebut.

Jim Hopper dan Joyce Maldonado yang merupakan watak utama siri tersebut memainkan watak sebagai pelajar dan rakan sekolah pada pementasan berkenaan.

Menurut Duffer, kisah yang dipersembahkan pada pementasan berkenaan disifatkan sebagai petunjuk kepada kesudahan siri berkenaan pada penghujung musim siri tersebut.

"Penceritaan yang dipaparkan menerusi pementasan berkenaan berkisar kepada kisah silam semua watak terlibat dan juga beberapa petunjuk hala tuju musim akhir siri ini", katanya.

Siri "Stranger Things" yang memulakan tayangan di Netflix pada 2016 menjadi antara siri yang mencatatkan tontonan terbanyak di syarikat penstriman berkenaan.

"Stranger Things" mengisahkan sekumpulan remaja yang bertarung dengan perkara mistik di bandar Hawkins.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD