fb fb fb fb fb

Penampilan khas, Raihan pada konsert Alif Satar & The Locos, 7 Jan

Alif Satar & The Locos

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Alif Satar & The Locos  bakal membuka tirai 2024 dengan Konsert A Night With Alif Satar & The Locos and Anggi Marito di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Januari depan.

Konsert tersebut menampilkan penyanyi Anggi Marito dari Indonesia yang juga pemenang tempat ketiga Indonesian Idol musim ke-11 buat julung kalinya.

Selain itu, kumpulan nasyid terkenal, Raihan bakal membuat penampilan khas pada konsert tersebut.

"Kami berbesar hati walaupun ia satu perancangan yang boleh dikatakan 'saat akhir', tetapi Alhamdullilah dapat dipersetujui, (ditambah) dengan kumpulan Raihan (yang sudi bekerjasama).

"Kami akan bersama-sama persembahkan lagu-lagu yang pernah direkod semula dalam album Alif Satar & The Locos bersama Raihan (iaitu)
The Sunnah The Better.


"Lebih-lebih lagi, lagu yang membawa kenangan lama, throwback kepada semua peminat, menjadi pilihan pada konsert malam itu nanti," kata Alif kepada pemberita.

Tambah Alif, konsert berkenaan mengeratkan silaturahim dua negara serumpun melalui muzik yang menjadi medan pengkarya untuk saling bertukar idea.

Tiket konsert boleh didapati menerusi laman sesawang myticket.asia.

SITI AISHAH BINTI MD ISA