fb fb fb fb fb

'Pasak Bumi', tonjol warisan orang asli negara

'Pasak Bumi' bakal menemui penonton pada 21 Disember 2023

KUALA LUMPUR, 8 Disember- 'Pasak Bumi' merupakan program baharu yang memaparkan cara kehidupan masyarakat Orang Asli dan akan bersiaran pada 21 Disember ini hingga 14 Mac depan di Saluran TV Okey.

Program terbaharu 13 episod itu turut memaparkan kisah masyarakat itu antaranya pencari madu lebah tualang, penanaman padi huma dan pengukir topeng.

Di sebalik kehidupan moden ketika ini, suasana kehijauan dengan keindahan flora dan fauna masih lagi terjaga dan terkawal selain mengekalkan warisan dan budaya nenek moyang mereka seiring peredaran masa.

Kehidupan mereka yang begitu dekat dengan alam semula jadi menjadikan golongan itu dianggap terpinggir namun mereka adalah masyarakat eksklusif yang berpegang teguh kepada budaya, adat dan kepercayaan.

Rancangan yang akan bersiaran setiap Khamis pada pukul 12.30 tengah hari itu boleh ditonton secara penstriman langsung menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI