fb fb fb fb fb

'Peluk Bantal Bersama Geng Burung Hantu' ajak pendengar kongsi suka duka, pengalaman hidup

Pengarah Bahagian Program Radio, Saifuzzaman Yusop

KUALA LUMPUR, 19 Februari- Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui stesen radio NASIONALfm melancarkan Segmen 'Peluk Bantal Bersama Geng Burung Hantu' pada 12 tengah malam tadi.

Berkonsep santai, ia akan ke udara setiap Sabtu malam Ahad bermula 12 tengah malam hingga 3 pagi di frekuensi NASIONALfm – Sentiasa Di Hati.

Pengarah Bahagian Program Radio, Saifuzzaman Yusop berkata, segmen berkenaan akan menampilkan tetamu jemputan seperti selebriti dan pendengar setia NASIONALfm.

"Menerusi pelancaran 'Peluk Bantal Bersama Geng Burung Hantu' ini kita ingin memperkasakan lagi segmen di NASIONALfm, terutamanya bila kita memperkenalkan segmen ini para pendengar berkongsi bersama kami tentang suka duka ataupun kita panggil jauh di sudut hati,"katanya.

Selain hiburan dengan pilihan lagu-lagu popular, ia turut mengangkat konsep Malaysia MADANI, memperkukuh perpaduan serta perkongsian pelbagai pengalaman pendengar.

Pendengar juga berpeluang mengikuti segmen tersebut di aplikasi TikTok NASIONALfm.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE