fb fb fb fb fb

Peluang cerah skuad besbol wanita kutip mata di ranking dunia

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Skuad besbol wanita kebangsaan secara rasminya berpeluang mengutip mata ranking dunia pertama menerusi saingan Besbol Persahabatan Wanita 2022 di Lahore, Pakistan dari 24 hingga 31 Mac.

Jelas Presiden Persekutuan Besbol Malaysia BFM, Sazali Husain, ini adalah julung kali skuad wanita kebangsaan mempunyai peluang sedemikian semenjak keahlian BFM dalam Konfederasi Besbol Softball Dunia, WBSC dikembalikan semula April tahun lalu.

Skuad negara dijadual mengadakan perlawanan pemanas badan dengan pasukan wanita Bahria Cricket Academy pada 26 Mac depan.

Seterusnya, menyertai tiga siri perlawanan persahabatan menentang pasukan besbol wanita kebangsaan Pakistan bermula 27 sehingga 29 Mac.

(Presiden Persekutuan Besbol Malaysia BFM, Sazali Husain)

"Kami tidak pasti ratio ataupun formula yang diberikan oleh WBAC, namun sudah pasti kemenangan menjadi objektif utama dan dengan kemenangan kita akan mengumpul lebih banyak mata,

"Siri perlawanan persahabatan ini antara yang dinantikan oleh barisan pemain kebangsaan yang telah mengadakan sesi latihan intensif selama lebih 3 bulan," jelasnya.

Seramai 20 pemain dan 3 pegawai terlibat dalam siri kali ini yang juga sebagai persiapan menghadapi Pra Piala Asia dan Kelayakan Piala Dunia.

Media Baharu