fb fb fb fb fb

Pelakon sitkom "Three's Company", Suzanne Somers meninggal dunia

(FOTO AFP)

CALIFORNIA, 16 Oktober - Pelakon Suzanne Somers yang memegang watak Christmas "Chrissy" dalam sitkom terkenal 70-an, "Three's Company" dilaporkan meninggal dunia pada usia 76 tahun pada Ahad menurut satu kenyataan daripada seorang jurucakap keluarga.

"Suzanne Somers meninggal dunia dengan tenang pada awal pagi Ahad", kata jurucakap keluarga, R. Couri Hay dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu lagi, mendiang ditemani oleh suami tercinta, Alan, anak lelaki, Bruce dan keluarga terdekat.

"Ahli keluarganya merancang untuk sambutan hari lahir mendiang yang ke-77 yang jatuh pada tanggal 16 Oktober.

"Sebaliknya, mereka mengambil keputusan untuk meraikan pencapaian luar biasa mendiang."

Ahli keluarga mendiang turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminat yang menyayangi mendiang, kata kenyataan itu lagi.

Mendiang Suzanne yang turut meraih kemahsyuran menerusi sitkom "Step by Step" sebelum ini pernah di diagnosis menghidap barah payudara pada tahun 2000 membuat pengumuman Julai lalu bahawa penyakit berbahaya itu kembali menyerang buat kali kedua.

"Saya pernah menghidap barah payudara dua dekad lalu.

"Sekarang, ia kembali menyerang. Saya akan berusaha untuk menewaskannya sekali lagi", katanya menerusi instagram.

Sepanjang kariernya, Suzanne turut membintangi beberapa sitkom serta drama pada penghujung 60-an dan 70-an.

Antara pencapaian dan angerah yang pernah dimenanginya adalah anugerah "People's Choice Award" dan pencalonan anugerah Golden Globe pada 1978.-REUTERS

rtm
(Pelakon Suzanne Somers meninggal dunia pada usia 76 tahun/FOTO AFP)

Media Baharu