fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Dana Insentif Filem Negara rangsang penghasilan filem bertaraf antarabangsa

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Kementerian Komunikasi Digital (KKD) menyambut baik peruntukan dana RM90 juta bagi inisiatif Filem Negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan belanjawan 2024 pada Jumaat di Dewan Rakyat.

Menterinya,Fahmi Fadzil berkata inisiatif berkenaan dapat menggalakkan penghasilan filem-filem bertaraf antarabangsa.

Fahmi juga berharap, peruntukan itu dapat merancakkan pelbagai aktiviti industri kreatif, seterusnya membantu prestasi ekonomi negara, pasca COVID-19.

"Sebelum pandemik COVID-19, kita menyaksikan banyak syarikat perfileman datang ke Malaysia untuk pengambaran.

"Namun selepas pandemik, kesannya dirasai termasuk kepada Studio besar di Johor (Iskandar Malaysia Studios). Jadi dengan adanya dana ini, saya harap ia akan dapat membantu sedikit sebanyak industri filem Malaysia", katanya yang ditemui RTM selepas merasmikan Hari Sukan Negara, peringkat Wilayah Persekutuan di sini.

Dalam perkara berkaitan, Fahmi turut mendedahkan, dia turut menerima reaksi positif daripada pemain industri berhubung penurunan duti hiburan kepada sifar bagi artis tempatan, dan 25 peratus hingga 10 peratus bagi artis luar sejurus pembentangan Belanjawan pada Jumaat.