fb fb fb fb fb

Michelle Yeoh dilantik Ahli Jawatankuasa IOC

(Foto AFP)

MUMBAI, 17 Oktober- Pelakon kelahiran Malaysia yang juga pelakon wanita Asia pertama memenangi Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila diundi sebagai Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Selasa.

Michelle, wanita Asia pertama memenangi Anugerah Akademi menerusi kategori pelakon wanita terbaik untuk filem bertajuk Everything Everywhere All at Once, pada awal tahun ini.

Beliau telah dipilih setelah mendapat 67 undian berbanding sembilan, dengan satu undi berkecuali.

Michelle merupakan salah seorang daripada lapan ahli baharu yang diundi pada hari terakhir sesi IOC ke-141 di Mumbai, India.

Beliau dan ahli baharu yang lain kemudian mengangkat sumpah sebagai Ahli Jawatankuasa IOC.

Calon-calon tersebut membawa nilai tambah kepada IOC berdasarkan pengalaman dan kepakaran masing-masing. -AFP

rtm
(Foto AFP)

Media Baharu