fb fb fb fb fb

Pelakon Jane Fonda semakin pulih daripada barah limfoma

LOS ANGELES, 17 Disember- Pelakon dan aktivis terkenal, Jane Fonda menyatakan dirinya semaikin pulih daripada barah limfoma.

Pemenang anugerah Oscar dan penyokong kuat kepada Parti Demokrat itu berkata demikian melalui blognya pada khamis lalu.

Menurut Jane, dia tidak lagi perlu menjalani rawatan bagi barah limfoma yang dihadapinya.


(Pelakon dan aktivis, Jane Fonda ketika menyampaikan ucapan di Hollywood / FOTO AFP)

"Minggu lepas, saya dimaklumkan oleh doktor pakar, barah saya semakin mengecut. Saya tidak perlu menyambung rawatan kimoterapi", kata aktivis alam sekitar yang bakal berusia 85 tahun minggu hadapan melalui blog tersebut.


Jane turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa mendoakan agar kesihatannya kembali pulih.

"Saya berasa syukur dan ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya", kata Jane lagi.

Pada September lalu, Jane mendedahkan dia didiagnosis menghidap barah limfoma yang menyerang sistem limfa dan mampu menyebabkan tumor.

Sepanjang penglibatannya sebagai pelakon, Jane telah menggondol pelbagai anugerah antaranya Anugerah Oscar, Anugerah Akedemi Filem British dan tujuh Anugerah Golden Globe-AFP

Media Baharu