fb fb fb fb fb

Rihanna kongsi wajah bayi buat pertama kali

(Tangkap layar TikTok @rihanna)

NEW YORK, 18 Disember- Penyanyi terkenal, Rihanna buat pertama kali, berkongsi wajah bayi lelakinya kepada umum menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok, semalam.

Video berdurasi 45 saat di TikTok itu telah menarik 11.9 juta tontonan dan 3.5 juta tanda suka, setakat ini.

Dalam video bertajuk 'digodam', bayi lelaki berkenaan tersenyum dan tertawa sambil kedengaran suara Rihanna berkata, "Anda cuba mendapatkan telefon ibu?"

Bagaimanapun, sehingga kini Rihanna, 34, masih tidak mendedahkan nama anaknya itu.

Rihanna atau nama sebenar Robyn Rihanna Fenty selamat melahirkan cahaya mata pertama, hasil perkongsian hidup dengan penyanyi rap, A$ap Rocky pada 13 Mei lalu. -AFP

(Tangkap layar TikTok @rihanna)

 

Media Baharu