GENEVA, 17 Disember-Pelakon popular, Angelina Jolie meletakkan jawatan sebagai Utusan khas Agensi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas 20 tahun berkempen membantu mangsa pelarian di seluruh dunia.
Menurut Jolie dalam satu kenyataan bersama UNHCR berkata sudah tiba masanya, dia bekerjasama dengan pertubuhan sukarela lain yang mempunyai misi seperti UNCHR dan menyokong misi kemanusiaan serta penyelesaian yang lebih komprehensif.
(Pelakon Angelina Jolie ketika misi sebagai Utusan Khas UNHCR ketika melawat pelarian di Syria/FOTO REUTERS)
Dalam kenyataan bersama itu juga, Jolie menegaskan dia akan terus memberi sokongan kepada pelarian-pelarian dan penyelesaian kepada isu-isu yang membelenggu pelarian.
Dalam pada itu, pelakon itu juga merancang bagi bersama-sama pelakon-pelakon lain bagi bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela tempatan bagi menyelesaikan isu pelarian dan kemanusian.
Jolie telah bekerjasma dengan UNHCR sejak tahun 2001 bermula sebagai Duta Pelarian sebelum dilantik sebagai Utusan khas badan sukarela itu pada 2012.
Jolie telah menyelesaikan 60 misi kemanusiaan di seluruh dunia termasuk perjalanan ke Yaman dan Burkina Faso.-REUTERS