fb fb fb fb fb

Aktor Henry Cavill digugurkan daripada watak 'Superman'

(FOTO AFP)

LONDON, 16 Disember-Pelakon Henry Cavill mengesahkan dirinya digugurkan daripada memegang watak adiwira 'Superman.

Memetik sumber bbc.com, Cavill berkata dirinya digugurkan daripada memegang watak 'lelaki besi' itu setelah mengadakan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi DC Studios.

"Selepas mengadakan mesyuarat bersama James Gunn dan Peter Safran, saya mengumumkan saya tidak akan kembali menjayakan watak Superman", kata Cavill.

"James dan Peter mempunyai perancangan yang lebih baik bagi sekuel Superman. Saya ucapkan selamat berjaya buat mereka" kata Cavill lagi.


(Pelakon Henry Cavill ketika tayangan perdana Filem 'Justice League" pada 2018 / Foto AFP)

Gunn dan Safran mengambil alih DC Studios pada penghujung Oktober selepas Cavill membuat penampilan khas sebagai Superman pada penghujung filem 'Black Adam lakonan Dwayne Johnson.

Cavill telah memainkan peranan sebagai Superman pada filem Man Of Steel yang diterbitkan pada 2013 dan Batman v Superman disamping Ben Affleck pada 2016.

Berikutan pengumuman tersebut, para peminat membuat spekulasi berkaitan watak 'James Bond' yang bakal dibintanginya nanti.

Rabu lalu, James Gunn menerusi twitternya menyebut DC Studios sedang merangka jalan cerita berkaitan Superman yang akan menfokuskan bahagian awal kehidupan Superman dan watak adiwira tersebut tidak akan dibintangi oleh Henry Cavill.

"Kami mengadakan pertemuan bersama Cavill dan berbincang beberapa projek yang berkemungkinan melibatkan Cavill pada masa akan datang" jelas Gunn ditwitter berkenaan.-bbc.com

Media Baharu