fb fb fb fb fb

Pagari Bulan raih Filem Cereka Terbaik di Mumbai

Filem Pagari Bulan berjaya meraih Filem Cereka Terbaik di Festival Filem Asia di Mumbai pada 21 Disember lepas.

KUALA LUMPUR, 31 Disember-Filem Pagari Bulan berjaya meraih Filem Cereka Terbaik di Festival Filem Asia di Mumbai pada 21 Disember lepas.

Festival yang dilakukan pada Mei dan Disember itu dilaksana secara dalam talian.

Menurut Pengarahnya, Raja Mukhriz Raja Ahmad, pihaknya telah melakukan yang terbaik untuk menghasilkan karya berkualiti setanding peringkat antarabangsa.

"Memang gembiralah terutama Penerbit, Sharifah Shahora. Selain itu, pemilihan sebagai filem terbaik untuk festival ini mungkin berdasarkan tema pemerkasaan wanita, mungkin juga antaranya satu perkara yang tidak biasa difilemkan," kata Raja Mukhriz.

Sementara itu, Penulis Skrip, Siti Jasmina Ibrahim ketika dihubungi bersyukur atas kejayaan Pagari Bulan yang mendapat pengiktirafan berkenaan.

"Saya bersyukur dan gembira sebab saya tengok prosesnya dari awal hingga selesainya filem ini. Saya tahu betapa susahya untuk menghasilkan sehabis baik filem itu," kata Siti Jasmina.

Filem Pagari Bulan yang menerima dana filem kenegaraan bernilai RM2.5 juta itu mengisahkan wanita yang menjadi sasaran dengan ditahan dan dikurung sebagai pemuas nafsu tentera Jepun yang mendarat di Kelantan pada 1941.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM