fb fb fb fb fb

Lepas kemalangan, Alif Satar tetap teruskan misi program jemaah subuh esok

Alif Satar

KUALA LUMPUR, 31 Disember-Penyanyi dan pelakon, Alif Satar bersyukur kerana tiada kecederaan serius selepas terlibat dalam kemalangan motosikal ketika pulang daripada solat Jumaat, beberapa hari lalu.

Jelas Alif, beliau berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan menganggap kemalangan yang berlaku itu adalah ujian kecil untuk dirinya.

"Alif memohon maaf kerana tidak dapat jawab panggilan dan mesej yang diterima daripada semua yang bertanya khabar dan ingin tahu keadaan selepas kemalangan itu.

"Alif akan cuba turut bersama dalam Program Jemaah Subuh di Masjid Saidiina Umar Bukit Damansara pada esok," kata Alif menerusi Instagram.

Terdahulu, kemalangan yang berlaku pada pukul 4.20 petang itu dikongsi usahawan selebriti, Wak Doyok menerusi laman sosialnya.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM