fb fb fb fb fb

PAFA digantung enam bulan, perlu adakan EGM bagi melantik ahli jawatankuasa baharu

IPOH, 7 Mac- Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) digantung selama enam bulan bagi membolehkan badan induk bola sepak negeri itu mengadakan semula Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk melantik ahli jawatankuasa yang baharu.

Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof berkata pengantungan berkenaan yang turut dipersetujui oleh dua kumpulan yang bertelagah dalam PAFA bagi memastikan persatuan itu melakukan langkah-langkah pemulihan mengikut perlembagaan mereka.

Jelas Ibrahim, pihaknya turut mendapati pemecatan yang dibuat oleh PAFA terhadap 12 ahli gabungan sebelum ini juga tidak teratur mengikut Perlembagaan PAFA berdasarkan semakan laporan dan rekod yang diperoleh daripada PAFA dan Persatuan Bola Sepak (PB) Melayu Perak.

"Pemilihan pun dia kena buat segera dari segi kongres untuk memilih, jadi bila tak buat ada pihak yang mendesak supaya selesai isu perlembagaan. Maknanya dari segi ini yang sering berlaku bukan sahaja PAFA, banyak lagi persatuan-persatuan lain yang mereka ini tidak memahami dari segi perlembagaan masing-masing itu sahaja. Kalau semua pihak semua pegang jawatan memahami proses atau perlembagaan masing-masing saya rasa tak timbul isu pertikaian dalaman ini," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan PAFA dan PB Melayu Perak di Jabatan Belia dan Sukan Perak, di sini.


(GAMBAR FAIL)

Tambah beliau, pihaknya memutuskan ahli jawatankuasa PAFA yang sah ketika ini ialah mereka yang dipilih pada sesi 2018-2021.

"PAFA perlu mengadakan pemilihan semula bagi memilih ahli jawatankuasa yang baharu sebelum tamat tempoh penggantungan selama enam bulan tersebut," kata Ibrahim.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut, tiga Naib Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohamad, Datuk Seri Irudianathan dan Abdul Aziz Yeop serta Setiausaha Kehormat PAFA, Tajul Hasnan Omar yang juga mewakili 12 ahli gabungan yang dipecat sebelum ini.

Media Baharu