fb fb fb fb fb

Oscar 2024 : Oppenheimer dinobat sebagai filem terbaik

Barisan produksi filem Oppenheimer yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik Anugerah Akademi 2024 / Foto Reuters

LOS ANGELES, 11 Mac - Filem biopik 'Oppenheimer' membolot tujuh trofi termasuk filem terbaik pada Anugerah Akademi pada Ahad.

Aktor Ireland, Cillian Murphy yang memegang watak utama J. Robert Oppenheimer dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, selain Pengarah Oppenheimer, Christopher Nolan, yang turut membawa pulang trofi Oscar.

"Kami membuat filem tentang seorang lelaki yang mencipta bom atom. Suka atau tidak kita tinggal dalam dunia Oppenheimer", kata Murphy ketika menerima anugerah berkenaan. Saya ingin dedikasikan kemenangan ini kepada pengaman di seluruh dunia", katanya.

Filem sejarah yang berdurasi selama tiga jam bertemakan sains dan politik itu mengutip kutipan sebanyak AS$953.8 juta di seluruh itu trut meraih pujian daripada pengkritik-pengkritik filem.

Kemenangan itu turut merupakan kemenangan pertama buat Nolan bagi kategori filem terbaik.

Sementara itu, anugerah Pelakon Wanita terbaik disandang oleh Emma Stone menerusi filem 'Poor things" menewaskan beberapa pencabar seperti Lily Gladstone dalam filem “Killers of the Flower Moon.”

Pemenang dipilih oleh 10,500 ahli Akademi Filem, Seni dan Sains.- AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD