fb fb fb fb fb

Nintendo sahkan sekuel Super Mario Bros temui penonton pada 2026

Foto Reuters

TOKYO, 11 Mac - Syarikat permainan video terkemuka Jepun, Nintendo mengesahkan filem Super Mario Bros bakal kembali dengan sekuel pada April 2026.

Pengarah permainan Nintendo, Shigeru Miyamoto dan penerbit Chris Meledandri dari produksi IIIumination mengumumkan perkara tersebut ketika ulangtahun 'Mario Day video' yang disambut secara tahunan pada 10 Mac setiap tahun.

Filem sekuel Super Mario Bros akan diarahkan oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic, sementara lakon layar akan ditulis oleh Matthew Fogel.

Sementara itu,Meledandri berkata pasukan produksinya bersama dan para juruanimasi filem berkenaan kini sedang sibuk di set penggambaran.

"Kami akan mulakan kerja secepat mungkin dan akan memantau proses pengambaran bagi memastikan segalanya mengikut perancangan", kata Meledandri.

Filem pertama Super Mario Bros mengisahkan kisah permulaan Mario yang dilakonkan oleh Chris Pratt bersama adiknya, Luigi yang dilakonkan oleh Charlie Day bekerja sebagai tukang paip di Brooklyn sebelum tersesat di Kerajaan Cendawan selepas memasuki paip misteri.

Filem berkenaan berjaya mengaut kutipan pecah panggung menghampiri kutipan AS$1 bilion selepas sebulan ditayangkan di panggung sekali gus menjadi filem ketiga paling laris Universal Studio di belakang 'Jurassic World' dan 'E.T. The Extraterrestrial'.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD