fb fb fb fb fb

Nadal pamer kebangkitan, tewaskan Korda pada Kejohanan Tenis Indian Wells

(Pemain Sepanyol, Rafael Nadal bersalaman dengan pemain Amerika Syarikat, Sebastian Korda
selepas menewaskannya pada pusingan kedua Kejohanan Tenis Indian Wells/AFP)

CALIFORNIA, 13 Mac - Rafael Nadal mempamerkan kebangkitan ketika mengalahkan pemain Amerika Syarikat, Sebastian Korda 6-2,1-6,7-6 di pusingan kedua Kejohanan Tenis Indian Wells.

Keputusan itu juga membolehkan Nadal mengekalkan rekod tanpa kalah tahun ini.

Aksi Nadal menjadi tumpuan terutama selepas berjaya mengharungi set pertama dalam tempoh 35 minit.



(Aksi Rafael Nadal membalas pukulan Sebastian Korda pada pusingan kedua Kejohanan Tenis Indian Wells/AFP) 

Bagaimanapun pemain Sepanyol itu bergelut untuk menandingi aksi agresif lawan di set kedua malah servis kencang Nadal yang kebiasaannya menjadi senjata utama tidak berhasil.

Bukan itu sahaja, Nadal turut melakukan double fault kali ketujuh yang menyebabkan dua kali dia gagal meraih mata penamat sebelum bangkit di tiebreak.

Pemain veteran itu dilihat lebih tenang dan kemudiannya mengesahkan kemenangan selepas pukulan kilas Korda tersasar.

Dalam pada itu, pemain nombor satu dunia, Daniil Medvedev tidak berdepan masalah ketika menentang pemain dari Republik Czech, Tomas Machac.

Dalam saingan tersebut Medvedev menang dengan keputusan 6-3, 6-2 dalam pusingan kedua kejohanan.

Selepas melakukan break point dalam aksi pembukaan, Medvedev segera mendapat rentak untuk mendahului 4-2 dan mengesahkan set pertama itu tanpa melepaskan sebarang mata dalam dua servis terakhirnya.

Pemain berusia 26 tahun tersebut meneruskan prestasi cemerlangnya apabila mematahkan servis Machac dalam aksi set kedua sebelum melakukan dua break point sebelum mengesahkan kemenangannya.

Media Baharu