(FOTO AFP)
LONDON, 13 Mac - Nasib kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea kini terus tidak menentu.
Terbaharu, Roman Abramovich hilang kelayakan sebagai pengarah Chelsea selepas ia dilucutkan oleh Lembaga Pengarah Liga Perdana Inggeris.
Menurut kenyataan daripada Liga Perdana Inggeris, keputusan lembaga pengarah itu tidak memberi kesan kepada keupayaan kelab untuk melatih dan meneruskan perlawanan, seperti ditetapkan di bawah syarat lesen dikeluarkan oleh kerajaan.
(Foto fail/AFP)
Dalam pada itu, tekanan terus dihadapi kelab tersebut apabila Hyundai menjadi penaja utama terbaharu yang menggantung perjanjian mereka dengan kelab bermasalah itu selepas kerajaan Britain melakukan sekatan ke atas jutawan Rusia tersebut.
Juara Eropah itu diletakkan di bawah sekatan ketat kerana halangan yang dikenakan ke atas Abramovich.
Situasi itu juga menyebabkan Chelsea tidak dapat menandatangani pemain, memperbaharui kontrak atau menjual tiket perlawanan, dengan had jumlah wang yang dibenarkan mereka belanjakan adalah untuk perjalanan ke perlawanan di tempat lawan.