fb fb fb fb fb

Nabila Huda impi anjur festival muzik besar

KUALA LUMPUR, 29 November- Pelakon, penyanyi dan pengacara Nabila Huda kini mula bergiat aktif sebagai penganjur bagi acara konsert.

Nabila yang mesra disapa Abil berkata, beliau ingin mencuba sesuatu yang baharu kerana telah berpengalaman berkerja di belakang tabir bersama kumpulan Search sebelum ini.

"Saya sering menyaksikan konsert ayah (Amy Search) dan membesar dalam lingkungan Search membuatkan saya terinspirasi daripada semangat dan kekuatan mereka.

Saya ingin berkongsi kegembiraan dengan semua peminat untuk menikmati muzik daripada Efek Rumah Kaca, Payung Teduh dan Pusakata secara langsung di atas pentas," katanya.

(Nabila Huda)

Tambah Nabila, beliau dan pihak produksi tidak mengahadapi cabaran besar sepanjang penganjuran konsert berkenaan kerana semua pihak terlibat mempunyai pengalaman menganjurkan konsert seperti itu.

Malah suaminya, Izwan Johar juga menjadi antara tulang belakang menjayakan acara berkenaan.

"Saya memasang impian untuk menjadi penganjur bagi konsert Search suatu hari nanti dan pasti bakal menjadi kenangan terindah buat saya dan ayah," tambahnya.

Konsert Senandung Malam merupakan projek pertama Nabila bersama Neptune Presents.

Ia menampilkan band Indonesia, Efek Rumah Kaca serta Payung Teduh dan Pusakata.

Konsert seumpamanya akan diteruskan lagi penganjurannya pada masa akan datang bersama barisan artis tempatan dan antarabangsa lain.

Media Baharu