fb fb fb fb fb

FFM 32 terima sambutan memberangsangkan peminat filem tempatan

BANDA HILIR, 29 November- Promosi Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM 32) meriah dengan sambutan peminat industri perfileman tanah air.

Koordinator program Sesi Temu Mesra FFM32, Iyda Kartini yakin, hasil daripada promosi itu, festival yang akan berlangsung pada 2 Disember ini akan mendapat sambutan meriah.

Tambahnya, sebanyak 90 tiket FFM32 telah diagihkan menerusi program Sesi Temu Mesra yang diadakan di beberapa pusat beli belah di sekitar Lembah Klang dan Melaka.

"Setakat ini alhamdulillah memang memberangsangkan. Semua orang memberi sokongan untuk festival filem yang akan diadakan pada 2 Disember di Encore Melaka jadi memang uar-uarkan dekat media sosial kita juga dan memang sambutan agak ramai," kata Iyda ketika ditemui selepas sesi temu mesra FFM ke-32 di sini.

Antara artis yang terlibat sepanjang program temu mesra itu ialah Haneesya Hanee, Ameerul Asyraf, Afieq Syazwan dan Tajul.

FFM 32 akan disiarkan secara langsung di RTM dan dihadiri lebih 1,500 jemputan termasuk artis veteran.

(Iyda berkata FFM 32 terima sambutan memberangsangkan peminat filem tempatan)

Media Baharu