(Farid Kamil/Instagram Farid Kamil)
KUALA LUMPUR, 27 November- Farid Kamil diberi peluang untuk melakonkan watak Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem berjudul ANWAR yang diterbitkan syarikat produksi Indonesia, Bianglala Entertainment.
Menurut Farid, "apabila saya membaca skrip yang diberi, saya melihat kepada keadaan sebenar dan merasakan watak ini perlu diterjemahkan dengan sebaik mungkin. Ia juga pernah terjadi kepada saya suatu ketika dahulu."
Filem Anwar yang diusahakan sejak Ogos 2011 itu kini di peringkat akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton awal tahun depan.
Berlatarbelakangkan masa antara 1993 sehingga 1998, filem itu diolah mengenai ketegasan dan perjuangan Datuk Seri Anwar membanteras rasuah.
Selain Farid, ia turut dibintangi Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Firdaus Mat Joni, Piet Pagau dan Dewi Irawan.
(Pertemuan antara Anwar Ibrahim dan Wan Azizah/Instagram Acha Septriasa)