fb fb fb fb fb

Mohamad Faqhrul, Noorhidayah johan Bintang P. Ramlee dan Saloma 2024 negeri Perak

Mohamad Faqhrul Azhar Mohamad Zaband dan Noorhidayah Halim

IPOH, 19 Mei- Mohamad Faqhrul Azhar Mohamad Zabandi dan Noorhidayah Halim masing-masing menjuarai pertandingan akhir Bintang P.Ramlee dan Saloma 2024 peringkat negeri Perak.

Lagu "Aku, Dia dan Lagu" nyata membawa tuah buat Mohamad Faqhrul tahun ini yang mencuba nasib sejak 2016.

Sementara itu, Noorhidayah Halim merangkul juara 'Saloma' menerusi nyanyian lagu "Barang Lepas Jangan Dikenang".
 
Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 berserta plak.

Kemenangan itu melayakkan mereka untuk mewakili Perak ke peringkat Zon Utara yang dijangka diadakan pada Oktober ini.
 
Hadiah disampaikan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah yang diiringi Timbalan Pengarah Penyiaran Perak, Mohd Zam Ali.
 
Seramai 12 orang peserta berentap pada pertandingan tersebut.

SITI AISHAH MD ISA