fb fb fb fb fb

Melaka terus gah di persada Liga Premier Futsal Malaysia 2022 Wanita

SHAH ALAM, 16 Mac - Pasukan Melaka terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2022 Wanita selepas membenam cabaran Kuala Lumpur Prefer-Cyberlynx, 5-2 pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, di sini.

Ini adalah kemenangan keempat berturut-turut dilakar skuad Jamhuri Zainuddin.

Nur Syafiqah Zainal Abidin cemerlang meledak dua gol pada minit ke-9 dan 38.

Ia sekali gus menjadikan Nur Syafiqah kini adalah penjaring terbanyak liga dengan 5 gol.

(Aksi perlawanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2022 Wanita di antara
pasukan Melaka menentang Kuala Lumpur Prefer-Cyberlynx) 

Siti Asnidah, Nur Lyana dan Hanani Adriana turut meledak 1 gol bagi meletakkan nama mereka dalam 10 penjaring terbanyak liga.

Melaka kini mengumpul 12 mata dan dijadual berhadapan Selangor MBSJ yang menduduki tangga kedua.

Media Baharu