fb fb fb fb fb

Panggilan skuad kebangsaan satu penghormatan, tanggungjawab untuk negara - Safiq Rahim

(Safiq Rahim ketika ditemu bual media semasa latihan pusat skuad Harimau Malaya)

KUALA LUMPUR, 16 Mac - Bekas ketua pasukan skuad bolasepak kebangsaan, Safiq Rahim menyifatkan panggilan untuk kem latihan Harimau Malaya adalah satu penghormatan dan tanggungjawab untuk negara.

Tegas beliau, hanya 25 hingga 30 pemain sahaja yang mendapat panggilan berkenaan dan mereka seharusnya memberikan komitmen yang terbaik.

Safiq sebelum ini pernah mengumumkan persaraan dari skuad kebangsaan pada tahun 2016.

“Saya tak boleh nak cakap atau ulas apa-apa, mungkin ada sebab tersendiri (tolak sertai kem latihan), bagi saya jika terpilih selepas ini bagi lah yang terbaik, sesiapa sahaja yang terpilih mungkin boleh ketepikan sedikit, apa-apa masalah kita punya personal (peribadi) bagi tanggungjawab kepada pasukan negara," katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan sesetengah pemain yang menolak untuk menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya.


(Barisan pemain Harimau Malaya menjalani latihan pusat di Stadium Nasional Bukit Jalil)

Pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu antara 30 pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat di bawah pengendali baharu, Kim Pan Gon di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Kem latihan berkenaan sebagai persiapan aksi persahabatan di Singapura hujung bulan ini.

Media Baharu