fb fb fb fb fb

Mechamato Movie raih RM5 juta dalam tempoh 3 hari

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Selepas tiga hari ditayangkan di pawagam, “Mechamato Movie”, filem animasi 3D keluaran tempatan telah berjaya meraih kutipan RM5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta) Nizam Abd Razak yang merupakan penulis dan juga pengarah filem itu melahirkan rasa syukur dengan sambutan memberangsangkan berkenaan.

“Sejujurnya kami tidak menyangka sambutan sebegini hebat kerana Mechamato adalah jenama terbaru dari Monsta berbeza dengan BoBoiBoy yang sudah menjadi ikon negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya siri animasi Mechamato baru setahun ditayangkan di Cartoon Network dan dua bulan ditayangkan di Netflix.

“Demam Mechamato memang betul-betul dapat dirasai. Dengar kata ada yang siap bersilat selepas keluar panggung,” katanya yang turut berterima kasih kepada semua yang telah menonton filem berkenaan.

Beliau berharap para penonton dapat menguar-uarkan mengenai filem itu kepada sahabat dan keluarga.

Nizam berkata Mechamato Movie juga bakal dibawa ke negara-negara luar pada tahun depan.- BERNAMA

(Nizam Abd Razak)

Media Baharu