(Mawar dan suami, Raf)
KUALA LUMPUR, 10 April- Pelakon Mawar Rashid secara tiba-tiba menangis akibat serangan panik ketika sedang memberi ucapan pada majlis pelancaran produk baharunya.
Ketika kejadian, suaminya, Raf Yaakob dilihat bijak mengawal situasi dengan menjelaskan keadaan sebenar Mawar yang berjuang melawan 'anxiety'.
Raf tetap tenang memberi kata-kata semangat kepada Mawar agar dapat meneruskan ucapannya.
Menurut Mawar, dirinya sudah lama menghidap 'anxiety' namun belum sempat mendapatkan sebarang rawatan.
"Mawar bersyukur suami begitu memahami dan sentiasa berusaha membantu Mawar mengawal perasaan ketika diserang 'anxiety'," katanya.
Menceritakan keadaan pada hari kejadian diserang 'anxiety', Mawar berkata semuanya di luar kawalan.
"Mawar masa diserang panik rasa macam ada kejutan elektrik, badan jadi menggeletar dengan bibir pun rasa bergetar, semua serba tak kena," katanya.
Mawar berkata, sokongan orang yang terdekat paling diperlukan bagi menangani 'anxiety' dengan lebih berkesan.
"Mawar bertuah ada suami yang sangat memahami, memang diakui sokongan ahli keluarga terutama pasangan sangat perlu.
(Mawar ditenangkan suami, Raf semasa berucap pada majlis pelancaran pruk terbaharunya)
"Setiap kali Mawar rasa lain macam, suami akan sentiasa bagi ruang dan menenangkan Mawar.
"Rakan-rakan pun selalu memahami dan ambil berat, antaranya Janna Nick dan wawa Zainal yang faham situasi dan pernah mengalami masalah serupa seperti mawar," katanya.
Terdahulu, ketika memberi penerangan mengenai produk terbarunya itu, Mawar mengakui berasa sangat gementar, lalu memanggil pakar rawatan kulit ke pentas untuk memberi penjelasan lebih menyeluruh.
Mawar ketika mahu memulakan ucapan dilihat secara tiba-tiba menangis, namun berjaya meneruskan ucapan selepas diberi dorongan suaminya yang senitiasa berada disisinya di atas pentas.
Tahun lalu, Pelakon Mawar Rashid pernah mendedahkan mempunyai masalah ‘anxiety’ dan serangan panik yang teruk ketika hamil anak kedua.