(Uqasha Senrose memuat naik foto bersama suaminya itu di
Instagram (IG), semalam./FOTO IG Uqasha Senrose)
KUALA LUMPUR, 11 April- Pelakon Kamal Adli yang diserang ketika menghadiri satu pesta jualan di Singapura, bulan lalu dikhabarkan sihat oleh isterinya, Uqasha Senrose menerusi hantaran di Intstagram.
Uqasha memuat naik foto bersama suaminya itu memaparkan dirinya yang bertelekung hitam, di samping Kamal.
Dalam foto berkenaan, Kamal berkopiah hitam, kelihatan sihat selepas mengalami kecederaan akibat insiden berkenaan 12 Mac lalu.
Dalam keterangan foto berkenaan, Uqasha meluahkan rasa syukur atas doa yang dititipkan buat mereka.
"Alhamdulillah untuk semua doa. Kamal kuat. Syukur ke atas mu Ya Allah #suamisayadahsihat," luah pelakon itu.
Hantaran berkenaan menerima lebih 80,000 tanda suka dengan lebih 500 komen.
Rata-rata pengikut pasangan selebriti itu bersyukur dan gembira dengan perkembangan terkini Kamal.
(Uqasha memuat naik hantaran menceritakan insiden menimpa suaminya yang diserang
ketika menghadiri ekspo jualan di Singapura pada 12 Mac lalu/FOTO IG Uqasha Senrose)
Alhamdulillah, tapi nampak susut tu, semoga cepat sihat," tulis salah seorang pengikutnya.
"Alhamdulillah syukur sangat. Semoga Uqasha dan Kamal sentiasa dalam lindungan Allah, amin," doa salah seorang warga maya.
Pada 12 Mac lalu, Kamal, 36, cedera di bahagian kepala dan pipi selepas dipukul dengan baton oleh seorang individu ketika menghadiri 1 Expo Drive, Singapura.
Akibat kecederaan dialami, Kamal terpaksa menjalani pembedahan segera di sebuah hospital di republik itu.
Dalam insiden berkenaan penyerang Kamal berlagak seperti peminat ingin bergambar dengannya, dan kemudian bertindak menyerangnya.
Insiden berkenaan turut mendapt reaksi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang tidak mahu perkara yang menimpa pelakon Kamal di Singapura berulang.
"Saya dan pihak kementerian sangat prihatin aspek keselamatan artis.
"Saya tidak mahu perkara ini berlaku kepada sesiapa, jada saya tunggu beberapa laporan insya-Allah", ujarnya.