KUALA LUMPUR, 18 April- Pelakon Wanita Terbaik Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh mahu mewujudkan lebih banyak peluang buat penggiat filem dari Malaysia untuk mengetengahkan bakat.
Beliau menyatakan hasrat untuk bekerjasama rapat dengan pemilik-pemilik studio tempatan.
"Saya tahu ada pembikin filem yang hebat dari Malaysia dan kita hanya perlu, pertama sekali, mencipta peluang untuk mereka.
Kita perlu mencipta platform yang akan mempamerkan bakat mereka," katanya sebelum acara bersama peminat di sini.
(Tan Sri Michelle Yeoh, Pelakon Wanita Terbaik Oscar / Foto REUTERS)
Yeoh mencipta sejarah pada Mac lalu sebagai pelakon Asia pertama yang memenangi anugerah berprestij itu dalam tempoh 95 tahun penganjurannya.
Beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan hebatnya sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem 'Everything Everywhere All at Once' arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.-REUTERS