(FOTO AFP)
MIAMI, 1 April- Naomi Osaka menangis kegembiraan selepas mara ke final Terbuka Miami buat kali pertama dalam sejarah kariernya.
Bintang Jepun itu telah menempuhi cabaran yang penuh emosi baru-baru ini apalagi selepas dia dicemuh kerana tewas awal di Indian Wells, kejayaan mara ke final Terbuka Miami membuatkannya sangat gembira.
Kemenangan 4-6, 6-3, 6-4 ke atas juara Olimpik Belinda Bencic membawa juara Grand Slam empat kali itu ke final pada Sabtu.
"Jawapan yang tidak profesional dan jawapan profesional, apa yang saya fikirkan sekarang adalah seperti bagaimana untuk mendapatkan makanan Korea Uber Eats ke tempat saya, kerana tiada apa-apa di dalam rangkaian penghantaran," kata Osaka sambil tersenyum.
"Saya baru sahaja teringin untuk makan seperti LA galbi, rusuk daging Korea yang diperap, ia sudah lama terlintas di kepala saya tetapi dari segi perlawanan, saya gembira saya dapat meneruskannya." kata Osaka.
Osaka sangat terbuka tentang perjuangannya terhadap kesihatan mental yang menjadi perhatian tahun lalu di Terbuka Perancis apabila dia memutuskan untuk meninggalkan kejohanan itu selepas hanya satu perlawanan dan berehat sebentar daripada tenis.
Naoimi akan berdepan pemenang perlawanan antara Jessica Pegula dengan Iga Swiatek di pentas akhir kelak.- AFP
(Reaksi Naomi Osaka selepas menang ke atas Belinda Bencic di separuh
akhir sekali gus mara ke final Terbuka Miami/AFP)