fb fb fb fb fb

Lempang Chris Rock, LAPD bersedia tahan Will Smith

(FOTO AFP)

LOS ANGELES, 1 April- Susulan insiden serangan Will Smith terhadap pelawak Chris Rock di pentas Oscar baru-baru ini, penerbit rancangan anugerah itu Will Packer mendedahkan polis bersedia bila-bila masa sahaja untuk menangkap aktor Hollywood itu.

Namun, Smith bernasib baik kerana Rock enggan meneruskan laporan terhadapnya.

Smith mengejutkan dunia hiburan dengan menaiki pentas semasa siaran langsung Oscars dan memukul Rock kerana jenaka tentang isteri pelakon itu.

Setengah jam kemudian, Smith telah menerima anugerag pelakon terbaik untuk peranannya dalam "King Richard", penghormatan tertinggi industri filem untuk penghibur lelaki.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan tepukan daripada orang dalam industri.

Academy of Motion Picture Arts and Sciences, badan yang menganugerahkan Oscar, berkata pada hari Rabu Smith telah diminta meninggalkan majlis itu selepas serangan itu, tetapi dia menolak.

Laporan bercanggah muncul pada Khamis mengenai butiran itu, termasuk yang mencadangkan Packer telah memintanya untuk kekal di Teater Dolby.

Dalam klip ringkas, yang disiarkan pada hari Khamis di ABC sebelum wawancara penuh yang dijadualkan pada hari Jumaat, Packer menafikan telah bercakap dengan Smith.

Akademi itu berkata pada hari Rabu bahawa ia sedang mempertimbangkan hukuman termasuk kemungkinan menyingkirkan keahlian Smith.

Walaupun jarang dilaksanakan, namun akademi itu pernah menarik balik keahliannya.

Pada 2017, produser Harvey Weinstein dibuang selepas puluhan wanita mendakwa beliau atas tuduhan serangan seksual, manakala Bill Cosby dan Roman Polanski dibuang pada 2018

"Lembaga Gabenor hari ini memulakan prosiding tatatertib terhadap Encik Will Smith kerana melanggar Piawaian Kelakuan Akademi, termasuk hubungan fizikal yang tidak sesuai, tingkah laku kasar atau mengancam, dan menjejaskan integriti Akademi," kata kenyataan itu.- AFP


(Penerbit Oscar, Will Packer/AFP)

Media Baharu