fb fb fb fb fb

'Life on Mars' bakal menemui penonton pada 29 November

'Life on Mars' bakal mengisi slot Saranghaeyo On 2

KUALA LUMPUR, 27 November– 'Life on Mars' bakal mengisi slot Saranghaeyo On 2 bermula 29 November pukul 8.00 malam.

Drama Korea yang diadaptasi daripada siri Televisyen UK itu akan disiarkan setiap Rabu hingga Sabtu.

Ia mengisahkan zaman tahun 1988 yang dijadikan latar utama dalam drama bersiri itu yang menggabungkan pelakon Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Ko Ah Sung, Oh Dae Hwan, Noh Jong Hyun, Jun Suk Ho, Kwak Jung Wook, dan Choi Jin Ho.

Selain mengangkat kisah penyiasatan, ianya disampaikan secara santai dan diselang-selikan dengan unsur komedi.

Kisahnya berlatarkan tentang watak utama iaitu Tae-joo adalah seorang detektif yang ditugaskan untuk menyiasat kes berdasarkan bukti fizikal dan selalu mengikuti prosedur.

Namun ketika mengejar seorang pembunuh bersiri, dia dilanggar kereta dan pengsan.

Apabila sedar, dia telah mendapati dirinya berada pada tahun 1988. Dalam era tersebut, dia bertemu dengan Dong-Chul, seorang detektif yang bersemangat namun hanya mengikut naluri, yang mengabaikan bukti dan prosedur.

Walaupun memiliki personaliti berbeza, Tae-joo bergabung dengan pasukan Dong-chul dan mengambil bahagian dalam penyiasatan pada tahun 1988.

Ketika mereka menyelesaikan kes, Tae-joo menemui Jejak pembunuh bersiri yang dikejarnya pada tahun 2018.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI