(FOTO AFP)
BIRMINGHAM, 17 Mac - Dua wakil profesional Malaysia iaitu pasangan beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan perseorangan lelaki Liew Darren, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton All England 2022, di sini.
Pilihan kelapan kejohanan, Yew Sin-Ee Yi, melepasi pusingan pertama selepas menewaskan pasangan tuan rumah Callum Hemming-Steven Stallwod, 21-14, 21-12.
Pasangan itu akan menentang gandingan dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana, hari ini.
Darren, pemain bukan pilihan mara selepas mengatasi Toma Junior Popov dari Perancis, 21-15, 21-19.
(Gambar fail)
Menanti Darren hari ini adalah pemain pilihan keempat, Chou Tien Chen dari Taiwan.
Mereka akan merebut tempat ke suku akhir yang akan berlangsung, esok.
Sementara itu, juara Terbuka Jerman, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei tewas kepada pasangan dari China, He Ji Ting-Tan Qiang, 21-15, 19-21, 21-11.